Friday, January 11, 2013

Tonsilitis



As-salam

Br 2 hari sekolah, anak bujang ku sudah demam, khamis ptg 3/1/2013 turun je dr van thaqif ngadu dia susah nk telan air liur lps tu ustazah pesan kalo sakit esok xyh dtg sekolah..aik aku cm dh pelik ni,myb dia ngadu ngan ustazah yg dia sakit tekak kot, mlm bdn dia terus panas pastu aku suh dia buka mulut nk tgk tonsil, skali ha ko mmg bengkak yg amat n trus g klinik, doc cuma bg ubat demam + vitamin c, esok nye thaqif xg sekolah pstu hr sabtu demam xbaik2x lg, sekali tgk mulut dia mak aiii tonsil dia dh ade putih2x terus bwk g klinik, mnta doc bg antibiotik ngan ubat sakit tekak, ptg sebelom tu aku dh bg mkn ice cream utk kecut kn tonsil tp xkecut2x gak upe2x nye dh b'nanah n bengkak besar, sian sgt thaqif mkn xlalu asik tido je, muke dh layu mata dh sembab n badan pon dh susut. Hati aku t'sgt2x lah susah smpai kn aku xpg check-up coz mmg waktu tu aku serabut sgt doc pikir psl kesihatan anak.Sekarang ni aku tengah monitor lagi dia, masuk seminggu if demam tak baik lagi, terpaksa la refer pead atau pakar ENT.

KT SINI ADE INFO PASAL TONSIL;

Apakah tonsil bengkak tu? Ni doktor tu yang terangkan tau, setiap orang memang ada tonsil ang terletak dikiri dan kanan anak tekak. Fungsinya ialah untuk menapis kuman, bakteria dan sebagainya dari terus memasuki badan manusia. Walaubagaimanapun tonsil ini sendiri boleh dijangkiti, dan apabila dijangkiti ianya boleh jadi virus atau bakteria. Sikit lebih kurang macam appendiks fungsinya. Jika virus, badan kita akan lawan sendiri dan jika bakteria, antibiotik akan membantu. Biasanya doktor akan bagi jer antibiotik untuk mengelakkan jangkitan bakteria. Ini lah rupanya tonsil yang bengkak.


Macam mana nak tahu jika anak anda terkena jangkitan virus atau bakteria? OK, jika jangkitan virus, anak akan mengalami demam tinggi dan rendah tak menentu masa. Dan anak itu juga kelihatan cergas walaupun dia demam. Demamnya juga adalah lebih panjang. Jika dia terkena jangkitan bakteria pula, anak kita akan kelihatan lemah dan teidak bermaya, tetapi demamnya lebih singkat.
Biasanya tonsilitis ini tidak merbahaya tetapi perlu perhatian. Perhatikan jika anak anda yang selama ini tidur tidak berdengkur, tiba2 berdengkur, awas kerana tonsil itu makin membengkak dan ada kemungkinan boleh menutup saluran pernafasannya. Sekarang RN9 tengah monitor lagi dia, masuk seminggu if demam tak baik lagi, terpaksa la refer pead atau pakar ENT.


Sekian

No comments: